The song entitled One
Thousand Million Smiles has brought Malaysian No 1 singer Allahyarham
Sudirman Haji Arshad to fame. Smile is contagious. However one can hardly smile
if he or she is suffering from a bad toothache. Therefore, wanting to instil
the importance of a good oral hygiene, I have brought my eldest daughter,
Zulaikha to visit a dental clinic. She was 4 years old then. Initially I was
quite afraid that she might refused to sit still while being examine but boy,
was I wrong! I believe that my daughter was behaving superbly cool on her first
ever dental visit due to the kind, gentle and soft spoken Dr Shaiful Husaine
bin Haji Ahmad of Hasana Dental Surgeon & Consultant, Kuantan. He managed
to coax my daughter into trusting his skills by communicating with her, acknowledging her level of maturity. To my amazement, my daughter even
volunteered to surrender herself to the doctor before I took my turn shortly
after. Oh, and did I just forget to mention that the doctor’s wife, Maizatul
Tanty bt Abdul Multalib is one of my best friends.
***
Di zaman saya dahulu, lagu One Thousand Million Smiles yang telah dipopularkan semula oleh
Allahyarham Sudirman Haji Arshad menjadi mainan bibir remaja. Anak-anak sekarang
pula sinonim dengan lagu yang bersenikata antara lainnya “Senyum, tak perlu
kata apa-apa”. Kerajaan Malaysia juga khabarnya telah melancarkan Kempen Senyum di
kalangan penjawat awam. Amalan senyum adalah amalan yang mulia. Ingatlah,
senyum itu adalah sedekah. Senyumlah kerana ia dapat merawat jiwa yang luka dan
hati yang gundah gulana.
Bagaimana mungkin seseorang itu dapat senyum seikhlasnya
sekiranya gusinya bengkak, giginya ngilu dan kepalanya berdenyut-denyut dek
penangan sakit gigi? Mencegah lebih baik daripada mengubati. Untuk itu, saya
cuba menanam sifat berani untuk membuat pemeriksaan berkala gigi ke atas anak
saya yang pertama, Zulaikha tatkala usianya baru menjangkau 4 tahun. Saya
memilih untuk ke Klinik Pergigian Hasana yang dibuka dengan rasminya pada 8
Disember 2009.
Klinik yang dilatari dengan warna hijau epal ini terletak
berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang di Bandar Indera
Mahkota Kuantan. Pemilik tunggal Klinik Pergigian Hasana, Kuantan ini telah berumahtangga
dan mempunyai 4 orang cahayamata. Beliau pernah berkhidmat selaku Doktor
Pergigian di Klinik Kesihatan Jalan Gambut Kuantan sebelum mengambil keputusan
untuk berhenti kerja dan beroperasi sendiri. Kunjungilah klinik Dr Shaiful
Husaine bin Haji Ahmad, anak jati Raub, Pahang Darul Makmur – InsyaAllah, anda pasti tidak
akan menyesal.
Berikut adalah maklumat
ringkas tentang Klinik Pergigian Hasana, Kuantan :-
No B26, Tingkat 1,
Lorong IM 5/2,
Bandar Indera
Mahkota,
25200 KUANTAN
No tel : 09-5724555/57
No hp : 019-6405724 /
013-2063391
No faks : 09-5724556
Alamat blog :
www://kphasana.blogspot.com
WAKTU RAWATAN
ISNIN – KHAMIS
|
9.00 am – 1.30 pm
2.30 pm – 5.30 pm
8.00 pm – 10.00 pm
|
JUMAAT
|
9.00 am – 12.30 pm
2.30 pm – 5.30 pm
8.00 pm – 10.00 pm
|
SABTU
|
9.00 am – 10.00 pm
|
AHAD & CUTI UMUM
|
Tutup
|
No comments:
Post a Comment