Sunday 4 December 2011

Cherating Surf Festival 2011








Date : 09 Dec 2011 @ 10.00 am -
11 Dec 2011 @ 6.00 pm
Location : Cherating Beach, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Have you ever dreamt of pushing your limits, 
leaving your fears behind and 
keeping those hysterical waves under your command? 
 
Learn to surf for FREE! 

 Celebrate and experience surfing experience at Cherating Beach.


Other available activities :-

1) Surf Demo by the pros
2) Beach Futsal
3) Dikir Barat
4) Surf Board Making Demo
5) Craft Sales Booth
6) Local food promotion
7) Fireflies & Mangrove Tour

For More Info, Do Contact :-

Azman : 012-939308(nine)
Rizal : 016-990080(four)
Amir : 017-984499(zero)
Tourism Office : 09-5171111

Organised by :-
Ministry Of Tourism Pahang Office with Local Surf Community

Supported by :-
Pahang Tourism
Tourism Malaysia
Majlis Perbandaran Kuantan
Pahang State Government
* Information courtesy of Mr Iszarizal Ismail *

Pharmacy Voon, Kuantan

Planning and executing is two really different and distinct verb altogether. Dealing with it becomes harder when the one who deals with these two words is a real procrastinator. Who? Yes, that is me! And what is it that I am planning to execute? What else, blogging – starting and keeping the fire burning. I have a few friends who manage to jungle between family life, work, social responsibilities and blogging at the same time. And yet they look ravishingly fresh every day without fail. Guys, how do you manage to do that? I am green with envy.

I think it is because I have so much to share with my readers (do I have readers yet besides myself?) that I do not know which story should go first. Perhaps I am not much of a writer afterall. Or perhaps I just do not have the required energy level to sustain though just another day. 

Aha, that reminds me that I need to top up on my multivitamins stock. And just where do you go to get varieties of health products from reputable manufacturers at reasonable prices, salespersons who know what they are doing and pharmacists who are always on their toes, knowledgeable and convincing? Yes, Pharmacy Voon, Kuantan it is.

***
 
Walaupun saya tidak pernah menghabiskan vitamin mengikut jadual ditetapkan, saya sentiasa akan tergoda apabila ke farmasi dan melihat deretan vitamin yang tertulis “on sale, discount”. Mungkin itulah hakikatnya kaum wanita yang mudah terpengaruh dengan jualan murah, hatta jualan murah produk kesihatan juga menarik minat mereka. Saya tidak akan sekali-kali ke farmasi dengan wang yang melebihi daripada tujuan sebenar kunjungan tersebut kerana pastinya banyak lagi ubatan lain yang akan saya beli disebabkan pujukan jurujual dan dorongan harga promosi yang ditawarkan. 

Mujurlah setakat ini saya tidak pernah lagi tergoda sehinggakan tergores kad keramat yang sentiasa saya bawa ke mana-mana itu. Kad keramat yakni kad kredit, hanyalah untuk kegunaan semasa kecemasan, dan termasuklah pembayaran deposit penginapan di hotel sahaja. Berbalik kepada isu ubatan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan diri, adalah lebih baik membelinya daripada farmasi berdaftar yang pastinya mempunyai ahli farmasi berdaftar, yang hanya menawarkan produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, yang sudah tentu halal haramnya, elok juga dicari label good manufacturing practise (GMP), daripada membeli ubatan di kaki lima yang entah apalah kandungan dan kaedah pembuatannya.

Berikut adalah maklumat ringkas Farmasi Voon, Kuantan :-


Nama syarikat : Farmasi Voon Sdn. Bhd. Pahang

No Telefon : 09-566 6187

Alamat : B-3055, B-3057, Ground Floor, Jalan Beserah, 25300 KUANTAN

Waktu Operasi : Setiap hari sehingga jam 9.00 malam kecuali hari Ahad dan cuti am.

Klinik Pergigian Hasana, Kuantan

The song entitled One Thousand Million Smiles has brought Malaysian No 1 singer Allahyarham Sudirman Haji Arshad to fame. Smile is contagious. However one can hardly smile if he or she is suffering from a bad toothache. Therefore, wanting to instil the importance of a good oral hygiene, I have brought my eldest daughter, Zulaikha to visit a dental clinic. She was 4 years old then. Initially I was quite afraid that she might refused to sit still while being examine but boy, was I wrong! I believe that my daughter was behaving superbly cool on her first ever dental visit due to the kind, gentle and soft spoken Dr Shaiful Husaine bin Haji Ahmad of Hasana Dental Surgeon & Consultant, Kuantan. He managed to coax my daughter into trusting his skills by communicating with her, acknowledging her level of maturity. To my amazement, my daughter even volunteered to surrender herself to the doctor before I took my turn shortly after. Oh, and did I just forget to mention that the doctor’s wife, Maizatul Tanty bt Abdul Multalib is one of my best friends.


***

Di zaman saya dahulu, lagu One Thousand Million Smiles yang telah dipopularkan semula oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad menjadi mainan bibir remaja. Anak-anak sekarang pula sinonim dengan lagu yang bersenikata antara lainnya “Senyum, tak perlu kata apa-apa”. Kerajaan Malaysia juga khabarnya telah melancarkan Kempen Senyum di kalangan penjawat awam. Amalan senyum adalah amalan yang mulia. Ingatlah, senyum itu adalah sedekah. Senyumlah kerana ia dapat merawat jiwa yang luka dan hati yang gundah gulana.

Bagaimana mungkin seseorang itu dapat senyum seikhlasnya sekiranya gusinya bengkak, giginya ngilu dan kepalanya berdenyut-denyut dek penangan sakit gigi? Mencegah lebih baik daripada mengubati. Untuk itu, saya cuba menanam sifat berani untuk membuat pemeriksaan berkala gigi ke atas anak saya yang pertama, Zulaikha tatkala usianya baru menjangkau 4 tahun. Saya memilih untuk ke Klinik Pergigian Hasana yang dibuka dengan rasminya pada 8 Disember 2009. 

Klinik yang dilatari dengan warna hijau epal ini terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Pemilik tunggal Klinik Pergigian Hasana, Kuantan ini telah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahayamata. Beliau pernah berkhidmat selaku Doktor Pergigian di Klinik Kesihatan Jalan Gambut Kuantan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beroperasi sendiri. Kunjungilah klinik Dr Shaiful Husaine bin Haji Ahmad, anak jati Raub, Pahang Darul Makmur – InsyaAllah, anda pasti tidak akan menyesal.

Berikut adalah maklumat ringkas tentang Klinik Pergigian Hasana, Kuantan :-

No B26, Tingkat 1, Lorong IM 5/2,
Bandar Indera Mahkota,
25200 KUANTAN
No tel   : 09-5724555/57
No hp : 019-6405724 / 013-2063391
No faks : 09-5724556

WAKTU RAWATAN

ISNIN – KHAMIS
9.00 am – 1.30 pm
2.30 pm – 5.30 pm
8.00 pm – 10.00 pm
JUMAAT
9.00 am – 12.30 pm
2.30 pm – 5.30 pm
8.00 pm – 10.00 pm
SABTU
9.00 am – 10.00 pm
AHAD & CUTI UMUM
Tutup

Me & Kuantan...

I was born and bred at Kuantan, ops, was not born in Kuantan actually but Kuantan is the place where I grew up, fell in love, got married and gave birth to my two beautiful angels. My life might sounds awfully mundane for some people but there is nothing ordinary and boring about Kuantan! In fact, Kuantan has so much to offer.

Having spent more than half of life here, I cannot say that I am a subject matter expert of Kuantan. I am definitely not, but nonetheless, I would like to share my itsy bitsy and tiny knowledge about my beloved Kuantan with the rest of the world. Having said that, I believe that family comes first. Along the way of unearthing the beauty of Kuantan, I am sure that I will brag about my family and my life too, so do bear with me. J

I welcome feedbacks and as much as I could, I will quote my references. In my eagerness to express my thoughts, I might offend some quarters or misquote any facts, for which, I humbly seek forgiveness in anticipation.

***

Bukan sahaja dibesarkan tetapi saya juga bertemu cinta sejati seterusnya membina rumahtangga dan melahirkan dua cahayamata di Kuantan. Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa kehidupan saya membosankan. Ya, mungkin juga tetapi apa yang pasti, Kuantan adalah sebuah daerah yang sangat menarik. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hampir segalanya ada di Kuantan.
Bukan semua ceruk rantau dan selok belok Kuantan berada dalam genggaman saya walaupun lebih separuh hayat saya telah mendiami tanah bertuah ini. Pun begitu, saya terpanggil untuk berkongsi ceritera tentang Kuantan tercinta, bersama kalian semua. Dalam memberi nafas keaslian dalam penulisan ini, saya turut menyelitkan secebis dua kisah tentang keluarga dan kehidupan saya.
Sebarang komen dan cadangan amatlah dialu-alukan. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang fakta yang kurang tepat atau bingkisan serta garapan seni yang tidak diberikan rujukan dan pengiktirafan sewajarnya. ..

My blog, mine and all mine…


Assalamualaikum and a very good day to all...

This is my blog. Yes, it is. I am finally having a blog of my own. Not that I love blogwalking so much but I must admit that I am a constant contributor to other blogs’ increase in traffic. After a short stint at home due to unforeseen circumstances, I begin to think that perhaps this is the hobby that I should take up. Why not, eh? 

Instead of reading what others thought about themselves, about their lives, maybe I should start writing down my own thoughts too. This blog will function as a reminder to myself of the happenings in my life, of my ups and downs.  And if I could not make it to see my children when they are older or my grandchildren for that matter, at least they will be able to get to know me through this blog. I would like to also share about my hometown, my beloved Kuantan. I am not a trained writer thus I might not be able to describe the real beauty of Kuantan. So do pack your bags and hop on the next available plane to experience the wonders of Kuantan yourselves!