Sunday 4 December 2011

Pharmacy Voon, Kuantan

Planning and executing is two really different and distinct verb altogether. Dealing with it becomes harder when the one who deals with these two words is a real procrastinator. Who? Yes, that is me! And what is it that I am planning to execute? What else, blogging – starting and keeping the fire burning. I have a few friends who manage to jungle between family life, work, social responsibilities and blogging at the same time. And yet they look ravishingly fresh every day without fail. Guys, how do you manage to do that? I am green with envy.

I think it is because I have so much to share with my readers (do I have readers yet besides myself?) that I do not know which story should go first. Perhaps I am not much of a writer afterall. Or perhaps I just do not have the required energy level to sustain though just another day. 

Aha, that reminds me that I need to top up on my multivitamins stock. And just where do you go to get varieties of health products from reputable manufacturers at reasonable prices, salespersons who know what they are doing and pharmacists who are always on their toes, knowledgeable and convincing? Yes, Pharmacy Voon, Kuantan it is.

***
 
Walaupun saya tidak pernah menghabiskan vitamin mengikut jadual ditetapkan, saya sentiasa akan tergoda apabila ke farmasi dan melihat deretan vitamin yang tertulis “on sale, discount”. Mungkin itulah hakikatnya kaum wanita yang mudah terpengaruh dengan jualan murah, hatta jualan murah produk kesihatan juga menarik minat mereka. Saya tidak akan sekali-kali ke farmasi dengan wang yang melebihi daripada tujuan sebenar kunjungan tersebut kerana pastinya banyak lagi ubatan lain yang akan saya beli disebabkan pujukan jurujual dan dorongan harga promosi yang ditawarkan. 

Mujurlah setakat ini saya tidak pernah lagi tergoda sehinggakan tergores kad keramat yang sentiasa saya bawa ke mana-mana itu. Kad keramat yakni kad kredit, hanyalah untuk kegunaan semasa kecemasan, dan termasuklah pembayaran deposit penginapan di hotel sahaja. Berbalik kepada isu ubatan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan diri, adalah lebih baik membelinya daripada farmasi berdaftar yang pastinya mempunyai ahli farmasi berdaftar, yang hanya menawarkan produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, yang sudah tentu halal haramnya, elok juga dicari label good manufacturing practise (GMP), daripada membeli ubatan di kaki lima yang entah apalah kandungan dan kaedah pembuatannya.

Berikut adalah maklumat ringkas Farmasi Voon, Kuantan :-


Nama syarikat : Farmasi Voon Sdn. Bhd. Pahang

No Telefon : 09-566 6187

Alamat : B-3055, B-3057, Ground Floor, Jalan Beserah, 25300 KUANTAN

Waktu Operasi : Setiap hari sehingga jam 9.00 malam kecuali hari Ahad dan cuti am.

No comments:

Post a Comment